Isnin, 12 Mac 2012

Transformasi Merentas Kurikulum


Dibahu seorang guru, tergalasnya seribu impian,harapan dan wawasan untuk merealisasikan aspirasi nasional. Apa tah lagi dalam era globalisasi masa kini menuntut transformasi hebat dalam bidang pendidikan, khususnya impian dan harapan untuk melahirkan modal insan yang bakal menjadi wajah pelapis masa depan negara tercinta Malaysia.

Wajah pelapis masa depan, modal insan berminda kelas pertama, modal insan yang cantik sahsiahnya, teguh jati dirinya serta cemerlang inteleknya... namun, mampu kah kita melahirkan modal insan impian negara selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Sebelum kita melahirkan modal insan cemerlang, guru seharusnya terlebih dahulu merentas transformasi diri,minda dan sahsiah, agar lebih kritis dan kreatif, terpuji sikap dan perilaku, stabil emosi dan terasuh rohani, kerana guru, ada lah role model yang menjadi suri teladan kepada anak-anak didik...