Ahad, 18 Mac 2012

4. Penulisan (Soalan Bahagian C)

Memahami dan Mengulas Petikan 

  1. Dalam bahagian ini, satu petikan akan diberikan dan murid dikehendaki mengulas atau menulis rumusan tentang aspek nilai, pengajaran, nilai murni, amalan baik, atau kebaikan yang terkandung dalam petikan.
  2. Jenis petikan boleh terdiri daripada rencana, berita, dialog, cerita, puisi, catatan, dan surat kiriman.
  3. Murid perlu mengulas atau merumuskan lima nilai murni, pengajaran, atau amalan baik yang tersurat dan tersirat dalam petikan.
  4. Ulasan perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.
  5. Ulasan yang ditulis hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan.
* Tidak menjadi kesalahan sekiranya murid menulis ulasan yang melebihi 50 patah perkataan asalkan tidak melebihi 60 patah perkataan.
* Murid hanya akan memperoleh markah minimum sebanyak 5 markah jika menyalin petikan semula.

 Kesilapan Lazim  

Bahagian C -  Memahami dan Mengulas Petikan. Murid menyalin terus ayat daripada petikan.

Contoh petikan:
Syafiq telah dilantik sebagai ketua kelas oleh gurunya. Pelantikannya dipersetujui oleh semua murid dalam kelasnya. Syafik berazam untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil demi membalas kepercayaan guru dan rakan-rakannya.

Jawapan murid:
Kita hendaklah menerima jawatan yang diberikan guru, setelah dipersetujui oleh rakan-rakan.

Jawapan betul:
Kita hendaklah bermuafakat dalam membuat keputusan untuk mewujudkan keharmonian.

Tiada ulasan: