Peribahasa
Ada hati - Keinginan
Alah bisa tegal biasa - Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
Alang-alang mandi biar basah - Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
Ambil berat - Memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu
Ambil langkah - Mula hendak bertindak
Bagai cincin dengan permata - Sama padan, cocok benar
Bagai layang-layang putus tali - Sudah putus harapan
Bagai murai dicabut ekor - Perempuan yang suka bercakap banyak
Bagai pucuk dilancarkan - Sangat laju atau luncur perginya
Berpeluk tubuh Berdakap tubuh - tidak membuat apa-apa kerja
Bersekutu bertambah mutu - Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
Bertangguh itu pencuri masa - Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
Besar hati - Bangga, gembira, bongkak, sombong
Biar putih tulang jangan putih mata - Lebih baik mati daripada menanbggung malu
Buah fikiran Pendapat
Bulat hati - Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
Dalam tangan - Dalam kekuasaan seseorang
Darah daging - Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas - Pemarah, lekas marah
Hancur hati - Sedih; putus asa
Hidup segan mati tak mahu - Orang yang hidup melarat
Indah khabar daripada rupa - Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan
Kaki ayam - Tidak berkasut atau berselipar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya - Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
Kancil juga lupakan jerat - Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam
Kata dikota - Janji mesti ditunaikan
Makan angin - Bersiar-siar untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran
Masa itu emas - Masa sangat berharga
Membaca jambatan ilmu - Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Mencari akal - Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
Nasi sudah menjadi bubur - Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah lagi.
Padang jarak padang terkukur - Padang atau tanah luas yaditinggalkan
Putih mata - Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang)
Putus asa - Habis harapan (tiada harapan lagi)
Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantang - Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
Ringan mulut - Peramah, lancar dan fasih tutur katanya
Ringan tulang - Rajin bekerja, tangkas
Seperti lipas kudung - Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau cekap membuat kerja
Sudah terhantuk baru terngadah - Sesudah terkena baru beringat-ingat
Tajam akal - Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar , cerdik
Tali barut - Orang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia orang lain), barua
Tangan terbuka - Suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati
Terang hati - Terang fikiran; mudah mengertiTulang empat kerat - Anggota badan
Ukur baju di badan sendiri - Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
Selamat datang ke blog Cemerlang Bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh Cikgu Roslinah Hj Harun, guru Bahasa Malaysia Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Lohan, Ranau , Sabah.
Ahad, 25 Mac 2012
Ahad, 18 Mac 2012
Membaca Amalan Mulia
Koleksi Contoh Buku Yang Sesuai Di Baca Oleh Golongan Kanak-kanak.
1. Buku bersifat motivasi.
2. Cerita-cerita Rakyat dan Warisan.
3. Majalah Wadah Pelajar Dan Remaja.
Sumber - Google Books
4. Upload Video Dalam Blog
Layari link ini - Tekan di sini
Terima kasih kerana melawat blog ini, sila tinggalkan komen anda.
1. Pemahaman
Pemahaman (Soalan 19 - 20)
Perkataan seerti/ Sinonim
- Sinonim merupakan perkataan yang mempunyai satu atau lebih perkataan yang seerti atau hampir sama erti dengannya.
- Dengan perkataan yang lain, perkataan-perkataan yang seerti ini mempunyai makna yang sama.
Contoh:
* tamat = selesai, habis, berakhir
* saban = kerap, selalu, sering
Perkataan berlawan/ Antonim
- Antonim merupakan perkataan yang berlawanan bagi sesuatu perkataan.
- Dengan perkataan yang lain, perkataan tersebut mempunyai
maksud yang berlawanan atau kontra dengan perkataan asal yang diberikan.
Contoh:
* dalam = cetek, tohor, cangkat
Kesilapan Lazim
- Penghasilan getah tiruan mendapat permintaan yang tinggi daripada sektor industri.
Pilih perkataan berlawan bagi tiruan.
A tulen
B jati
C asli
D sebenar
Jawapan murid : A
Jawapan betul : C
* Penggunaan suatu kata sinonim ada kalanya bergantung kepada konteks ayat. Perkataan getah asli lebih tepat daripada getah tulen.
Pemahaman (Soalan 21 - 24)
Kata Banyak Makna
-
Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna.
Contoh:
- cerah - terang, baik, berseri
- lembap - basah, lembam, tidak rancak
- Secara umumnya, kata banyak makna terdiri daripada beberapa jenis, meliputi kata nama, kata adjektif, kata ganda, dan kata terbitan.
- Penggunaan kata banyak makna memerlukan murid memahami maksud sesuatu ayat.
Kesilapan Lazim
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.- Zamri minum tiga gelas air kerana dia sungguh haus.
- Anak yatim itu haus akan belaian kasih sayang seorang ibu.
- Jamil membeli kasut baru kerana tapak kasut lamanya sudah haus.
- Kakak yang memakai kasut tumit tinggi itu berjalan dengan berhati-hati kerana lantai haus.
- I dan II
- III dan IV
- I, II, dan III
- I, II, dan IV
Jawapan murid: A
Jawapan betul: C
* Murid tidak pasti akan maksud perkataan haus. Perkataan haus mempunyai tiga maksud, iaitu:
- dahaga
- sangat menginginkan
- berkurang kerana terhakis
3. Penulisan (Soalan Bahagian B)
Karangan keperihalan
Karangan keperihalan
Karangan yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.
Contoh soalan: Kawasan tempat tinggal anda telah dilanda banjir. Perihalkan peristiwa bencana alam yang kamu alami itu.
Jawapan: Murid tidak memerihalkan peristiwa banjir berdasarkan pengalaman sendiri, sebaliknya memerihalkan peristiwa banjir berdasarkan mimpinya tentang bencana alam yang berlaku di tempat tinggalnya itu. (Karangan ini dianggap terpesong)
* Karangan yang terpesong walaupun jalan ceritanya menarik akan diberikan markah yang minimum.
- Karangan keperihalan tidak berformat.
- Murid perlu mengolah sesuatu perkara atau peristiwa yang dilihat, dialami, atau didengar.
- Suasana yang hendak digambarkan mestilah disampaikan dengan logik berasaskan suasana sebenar atau pengalaman sendiri.
- Akhiri karangan dengan unsur pengajaran atau ungkapan yang bersesuaian.
Kesilapan Lazim
Karangan keperihalan
Karangan yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.
Contoh soalan: Kawasan tempat tinggal anda telah dilanda banjir. Perihalkan peristiwa bencana alam yang kamu alami itu.
Jawapan: Murid tidak memerihalkan peristiwa banjir berdasarkan pengalaman sendiri, sebaliknya memerihalkan peristiwa banjir berdasarkan mimpinya tentang bencana alam yang berlaku di tempat tinggalnya itu. (Karangan ini dianggap terpesong)
* Karangan yang terpesong walaupun jalan ceritanya menarik akan diberikan markah yang minimum.
2. Penulisan (Soalan Bahagian A)
Memindahkan maklumat (membina 5 ayat yang lengkap)
- Murid perlu membaca arahan atau keterangan yang diberikan dengan teliti supaya tidak terpesong daripada kehendak soalan ketika membina rangka dan menulis ayat-ayat yang lengkap.
- Ayat yang dibina mesti lengkap dan tersusun dengan struktur ayat serta penggunaan kata yang betul, sesuai, dan tepat berpandukan bahan grafik. Tanda bacaan dan ejaan juga mesti tepat dan baku untuk memastikan markah yang maksimum.
Kesilapan Lazim
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.-
Menulis ayat yang tidak perlu.
Contoh: Hidangan yang disediakan sungguh enak dan berkhasiat.
-
Ayat tidak gramatis atau menggunakan ayat tunggal.
Contoh: Anita mencuci pinggan. (tidak gramatis)
Anita sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki menggunakan sabun pencuci. (gramatis)
-
Aktiviti atau kata kerja yang ditulis tidak tepat.
Contoh: Ibu Anita merebus sayur di dalam kuali di atas dapur. (tidak tepat)
Ibu Anita sedang menggoreng sayur di dalam kuali di atas dapur. (tepat)
4. Penulisan (Soalan Bahagian C)
Memahami dan Mengulas Petikan
- Dalam bahagian ini, satu petikan akan diberikan dan murid dikehendaki mengulas atau menulis rumusan tentang aspek nilai, pengajaran, nilai murni, amalan baik, atau kebaikan yang terkandung dalam petikan.
- Jenis petikan boleh terdiri daripada rencana, berita, dialog, cerita, puisi, catatan, dan surat kiriman.
- Murid perlu mengulas atau merumuskan lima nilai murni, pengajaran, atau amalan baik yang tersurat dan tersirat dalam petikan.
- Ulasan perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.
- Ulasan yang ditulis hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan.
* Murid hanya akan memperoleh markah minimum sebanyak 5 markah jika menyalin petikan semula.
Kesilapan Lazim
Bahagian C - Memahami dan Mengulas Petikan. Murid menyalin terus ayat daripada petikan.Contoh petikan:
Syafiq telah dilantik sebagai ketua kelas oleh gurunya. Pelantikannya dipersetujui oleh semua murid dalam kelasnya. Syafik berazam untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil demi membalas kepercayaan guru dan rakan-rakannya.
Jawapan murid:
Kita hendaklah menerima jawatan yang diberikan guru, setelah dipersetujui oleh rakan-rakan.
Jawapan betul:
Kita hendaklah bermuafakat dalam membuat keputusan untuk mewujudkan keharmonian.
Konsep 'MELAYU'
Pengenalan
'Bahasa Melayu' merupakan nama asal bahasa ibunda sebelum ditukarkan kepada nama 'Bahasa Malaysia'. Banyak para ilmuwan dan pencinta bahasa memberikan pandangan mengenai pertukaran nama 'Bahasa Melayu' ini kepada 'Bahasa Malaysia'. Pada pendapat saya, 'Bahasa Malaysia' sebenarnya sangat rasional digunakan dalam pendidikan generasi kini. Hal ini kerana 'Malaysia' itu menunjukkan satu bahasa kenegaraan iaitu bahasa yang menjadi milik negara kita sendiri. Sama konsepnya dengan bahasa-bahasa dunia lain, contoh yang terbaik adalah negara Jepun yang teguh mempertahankan serta berdiri megah dengan bahasa mereka sendiri. Selain itu, 'Bahasa Malaysia' itu sebenarnya secara perlahan meningkatkan semangat ke'Malaysia'an, dan mampu menyemai rasa cinta rakyat kepada negara kita, Malaysia.
Menyentuh hal asal usul 'melayu' atau 'Bahasa Melayu' itu sangat sempit kerana kekurangan sumber-sumber sahih mengenai sejarahnya.
Konsep 'Melayu'
(i) Definisi awal istilah 'Melayu'
Terdapat begitu banyak bukti yang diperoleh para penyelidik bahasa mengenai asal usul istilah 'Melayu'. Dikatakan, para penyelidik mula mendapati bahawa penggunaan perkataan Melayu itu sejak abad kedua lagi iaitu sekitar tahun 100-150 Masihi, M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolom (Bukunya : Geographike Sintaxis).
Di dalam buku Sejarah Melayu pula, perkataan Melayu dikaitkan dengan sebatang sungai yang dinamakan sebagai Sungai Melayu ;
"..adapun Negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya.." (Sejarah Melayu,1977, hlm.16)
(ii) Definisi dari segi etimologi
Etimologi = Kajian mengenai asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
Daripada sudut kajian etimologi juga terdapat begitu banyak pendapat mengenai istilah 'Melayu' ini.
Antara pandangan yang mendapat perhatian adalah seperti pendapat Zuber Osman. Beliau berpendapat bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan Malaya yang merupakan kependekan bagi perkataan 'hima laya'. Perkataan alaya bermaksud tempat dan hima alaya membawa maksud 'tempat bersalji. Sehubungan dengan itu, pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat asal orang Melayu.'
(iii) Definisi berdasarkan bangsa
Istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa dapat dilihat dalam dua pengertian, iaitu dalam pengertian yang luas dan dalam pengertian yang sempit.
Dalam pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa -bangsa Austronesia yang terdapat di Kepulauan Melayu. Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliputi kawasan Austronesia lain, iaitu kawasan di sebelah timur yang merangkum keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.
Bagi pengertian yang sempit pula merujuk kepada istilah yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia Perkara 153, seseorang itu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, dan beragama Islam. Dengan demikian, sekiranya orang itu murtad atau bertukar kewarganegaraan, maka taraf 'Melayu' yang disandangnya akan hilang.
Isnin, 12 Mac 2012
Pengenalan Kertas 2 Bahasa Malaysia (Penulisan)
Murid-murid yang ingin meraih markah yang tinggi dalam Kertas 2 (Kertas 011) bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran menulis yang cemerlang,bahkan mereka juga perlu memahami format kertas peperiksaan serta sistem pemarkahannya.
Kertas 2 mengandungi tiga bahagian yang perlu dijawab oleh murid:
1. Bahagian A ( memahami dan memindahkan maklumat - 10 markah )
2. Bahagian B ( bahagian karangan berformat dan tidak berformat - 30 markah )
3. Bahagian C ( karangan nilai murni - 20 markah )
Secara keseluruhannya, jumlah markah ialah 60 markah. Murid di mestikan menjawab semua bahagian A,B dan C dengan menggunakan struktur ayat yang betul,penggunaan tanda baca yang tepat dan yang paling penting JANGAN KELUAR TAJUK..maksudnya, lain yang di tanya, lain pula yang murid jawab.
Kertas 2 mengandungi tiga bahagian yang perlu dijawab oleh murid:
1. Bahagian A ( memahami dan memindahkan maklumat - 10 markah )
2. Bahagian B ( bahagian karangan berformat dan tidak berformat - 30 markah )
3. Bahagian C ( karangan nilai murni - 20 markah )
Secara keseluruhannya, jumlah markah ialah 60 markah. Murid di mestikan menjawab semua bahagian A,B dan C dengan menggunakan struktur ayat yang betul,penggunaan tanda baca yang tepat dan yang paling penting JANGAN KELUAR TAJUK..maksudnya, lain yang di tanya, lain pula yang murid jawab.
Transformasi Merentas Kurikulum
Dibahu seorang guru, tergalasnya seribu impian,harapan dan wawasan untuk merealisasikan aspirasi nasional. Apa tah lagi dalam era globalisasi masa kini menuntut transformasi hebat dalam bidang pendidikan, khususnya impian dan harapan untuk melahirkan modal insan yang bakal menjadi wajah pelapis masa depan negara tercinta Malaysia.
Wajah pelapis masa depan, modal insan berminda kelas pertama, modal insan yang cantik sahsiahnya, teguh jati dirinya serta cemerlang inteleknya... namun, mampu kah kita melahirkan modal insan impian negara selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Sebelum kita melahirkan modal insan cemerlang, guru seharusnya terlebih dahulu merentas transformasi diri,minda dan sahsiah, agar lebih kritis dan kreatif, terpuji sikap dan perilaku, stabil emosi dan terasuh rohani, kerana guru, ada lah role model yang menjadi suri teladan kepada anak-anak didik...
Langgan:
Catatan (Atom)