Sabtu, 12 Mei 2012

Kata Pandang Sebut

Untuk Renungan Bersama


KANAK-KANAK SANGGUP MENGABDIKAN DIRI KEPADA AYAHNYA-Seorang kanak-kanak di China telah mendapat penghargaan tinggi dari pemerintah kerana telah melakukan “PERBUATAN LUAR BIASA”. Yang membuatnya dianggap luar biasa adalah perhatian dan pengabdian pada ayahnya, sentiasa kerja keras dan pantang menyerah, serta kelakukan dan tutur kata yang menimbulkan rasa simpati.




Sejak ia berusia 10 tahun anak ini ditinggalkan oleh ibunya yang sudah tidak tahan lagi hidup bersama suaminya yang sakit keras dan miskin. Dan sejak hari itu Zhang Da hidup dengan seorang ayah yang tidak boleh bekerja, tidak boleh berjalan serta selalu sahaja sakit. Keadaan ini memaksa seorang kanak-kanak hingusan yang  belum genap 10 tahun ketika itu untuk mengambil tanggungjawab yang sangat berat. Dia harus ke sekolah dan mencari makan untuk ayahnya dan juga dirinya sendiri, dia juga harus memikirkan untuk membeli ubat-ubat yang mahal harganya untuk keperluan ayahnya.

Dia masih terlalu kecil untuk menjalankan tanggung jawab yang susah dan pahit ini. Dia adalah salah satu dari sekian banyak kanak-kanak yang harus menerima kenyataan hidup yang pahit di dunia ini. Tetapi yang membuat Zhang Da berbeza  ialah dia tidak menyerah.

Hidup harus terus berjalan, tapi tidak dengan melakukan kejahatan, melainkan memikul tanggungjawab untuk meneruskan kehidupannya dan ayahnya.

Kehidupannya semakin mencabar apabila dia sudah bersekolah. Dari rumah sampai sekolah harus berjalan kaki melalui hutan kecil. Dalam perjalanan ke sekolah itulah, dia mula memakan daun, biji-bijian dan buah-buahan yang  ditemui. Kadang-kadang dia juga menemukan sejenis akar atau rumput dan cuba memakannya. Sehinggakan dia mengetahui yang mana boleh dimakan atau tidak. Setelah balik dari sekolah , dia dengan beberapa tukang batu untuk membelah batu-batu besar dan memperolehi upah dari pekerjaan itu. Hasil kerja sebagai tukang batu ia gunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya.

Selama lima tahun dia menjalani kehidupan sebegini tetapi badannya tetap sihat, segar dan kuat untuk ZhangDa merawat ayahnya yang sakit.

Sejak umur 10 tahun ini  jugalah, dia mula bertanggungjawab untuk merawat ayahnya. Dia mendukung ayahnya ke tandas dan sekali-sekali memandikan ayahnya, dia membeli beras dan membuat bubur.Segala urusan ayahnya,  dia kerjakan dengan rasa tanggungjawab dan penuh kasihsayang. Semua pekerjaan ini menjadi tanggungjawabnya sehari-hari.

Zhang Da menyuntik sendiri ayahnya.Ubat yang mahal dan jauhnya tempat berubat membuat Zhang Da berfikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengatasi semua ini. Sejak umur sepuluh tahun ia mulai belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku terpakai yang dibelinya.Yang
 membuatnya luar biasa adalah ia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan injeksi/suntikan kepada pesakitnya. Setelah ia rasa ia mampu,ia nekad untuk menyuntik ayahnya sendiri. Sekarang pekerjaan menyuntik papanya sudah dilakukannya selama lebih kurang lima tahun,maka Zhang Da sudah biasa dengan pekerjaannya itu.

Ketika acara penganugerahan penghargaan tersebut berlangsung, pembawa acara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ” Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, pengusaha, juga ada ratusan juta penonton telivisyen.Mereka boleh membantu mu!” Namun apa yang dikatakan Zhang Da sungguh mengejutkan siapapun, ia hanya berkata, ” Aku hanya ingin ibu ku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang anak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah menempa anak tersebut menjadi dia seorang anak yang tabah dan pantang menyerah. : Untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan, kita seharusnya lebih kuat dari anak kecil itu…InsyaAllah… 

Rabu, 18 April 2012

Bentuk-betuk Kata Tatabahasa Tahun 5


Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )


Kata Ganda

Kata ganda adalah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pengulangan ini sama ada melibatkan seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian kata dasar (penggandaan separa).

Penggandaan Penuh
1. Besar-besar
2. Guru-guru
3. Pelajar-pelajar
5. Pokok-pokok

Penggandaan Separa
1. ke-kasut (kasut-kasut)
2. je-jari (jari-jari)
3. re-rambut (rerambut)


Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan : 
  1. Kata Terbitan Berawalan
  2. Kata Terbitan Berakhiran
  3. Kata Terbitan Berapitan
  4. Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
a) imbuhan awalan 
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. 
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ à ber+sukan

b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ à makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ à kembali+kan

c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’ à men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an

d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

Mari Selesaikan Latihan Tatabahasa Tahun 5.

Simpulan bahasa

1. Orang yang gelojoh ialah orang yang
A makan darah        C buruk makan
B makan suap         D makan diri

2. “Cakap perlahan sedikit, dia tu , nanti diketahuinya rahsia ini,” bisik Sandra kepada Dewi.
A telinga nipis         C lintah darat
B telinga lintah        D pekak badak

3. Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
A panjang tangan     C tangan terbuka
B ringan tangan       D lepas tangan

Antonim.


1. Mereka melakukan penyeludupan itu secara sembunyi-sembunyi.
A senyap-senyap     C terang-terang
B jelas-jelas             D hendap-hendap

2. Alina mengembangkan payungnya sebaik saja hujan turun.
A mengecilkan        C mengibarkan
B mengucupkan      D meniruskan

Sinonim


1. Kami jelak dengan perangainya yang mengada-ada itu.
A benci                    C masak
B bosan                   D malu

2. Penjual kuih itu baru saja berlalu dari situ.
A bergerak               C berjalan
B berpisah               D beredar

3. Kami mengagihkan derma itu kepada golongan yang layak menerimanya.
A memberikan         C membahagikan
B menyumbangkan       D mengedarkan

4. Pelakon itu gagal menuturkan dialognya dengan betul.
A melafazkan          C mengisahkan
B melakonkan         D mengatakan

Penjodoh bilangan

1. Cikgu Jamilah memasukkan bunga ros ke dalam pasu bunga.
A serumpun             C sejambak
B seuntai                 D segugus

2.Di tebing sungai itu ada buluh.
A serawan               C sepokok
B serumpun             D seruas

3. Ayah membeli beberapa petai untuk dijadikan ulam.
A butir                     C biji
B keping                  D papan

4. Ahli kaji purba itu menemui tiga keris di dalam gua itu.
A pucuk                 C bilah
B batang                 D bentuk

Kata adjektif

1. Bunyi yang menggerunkan itu membuatkan mukanya berubah menjadi macam mayat.
A sejuk                   C pucat
B merah                  D masam

2. Walaupun baju itu murah harganya, tetapi kainnya dan halus seperti sutera.
A keras          C lembut
B dingin          D lembik

3. Saerah tidak menyedari kedatangan kawannya kerana dia terlalu membaca buku cerita yang ditulis oleh penulis kegemarannya.
A ghairah      C khusyuk
B asyik         D tekun

4. Semua pelajar berdiri apabila lagu “Negaraku” dimainkan.
A teguh        C keras
B tegak        D lurus

Kata sendi nama

1. Pemuda yang baru datang kampung terpingga-pingga rusa masuk kampung.
A dari…bagai        C daripada… seperti
B di…umpama       D ke…laksana

2. Dia menyiapkan kerja rumahnya satu satu.
A untuk            C demi
B dalam            D ke

3. Ayah membeli kalung emas itu emak sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
A ke                C kepada
B bagi              D untuk

4. Walau apapun yang terjadi, hubungan adik-beradik tidak akan putus.
A bagi             C seperti
B antara          D demi

Ahad, 25 Mac 2012

PERIBAHASA SANA SINI

Peribahasa


Ada hati -  Keinginan
Alah bisa tegal biasa - Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
Alang-alang mandi biar basah - Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
Ambil berat - Memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu
Ambil langkah - Mula hendak bertindak

Bagai cincin dengan permata - Sama padan, cocok benar
Bagai layang-layang putus tali - Sudah putus harapan
Bagai murai dicabut ekor - Perempuan yang suka bercakap banyak
Bagai pucuk dilancarkan - Sangat laju atau luncur perginya
Berpeluk tubuh Berdakap tubuh - tidak membuat apa-apa kerja
Bersekutu bertambah mutu - Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
Bertangguh itu pencuri masa - Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
Besar hati -  Bangga, gembira, bongkak, sombong
Biar putih tulang jangan putih mata - Lebih baik mati daripada menanbggung malu
Buah fikiran Pendapat
Bulat hati - Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh

Dalam tangan - Dalam kekuasaan seseorang
Darah daging - Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas - Pemarah, lekas marah

Hancur hati - Sedih; putus asa
Hidup segan mati tak mahu - Orang yang hidup melarat

Indah khabar daripada rupa - Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan

Kaki ayam - Tidak berkasut atau berselipar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya - Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
Kancil juga lupakan jerat - Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam
Kata dikota - Janji mesti ditunaikan

Makan angin - Bersiar-siar untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran
Masa itu emas - Masa sangat berharga
Membaca jambatan ilmu - Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Mencari akal - Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan

Nasi sudah menjadi bubur - Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah lagi.

Padang jarak padang terkukur - Padang atau tanah luas yaditinggalkan
Putih mata - Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang)
Putus asa -  Habis harapan (tiada harapan lagi)

Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantang - Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
Ringan mulut - Peramah, lancar dan fasih tutur katanya
Ringan tulang - Rajin bekerja, tangkas

Seperti lipas kudung - Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau cekap membuat kerja
Sudah terhantuk baru terngadah - Sesudah terkena baru beringat-ingat

Tajam akal - Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar , cerdik
Tali barut - Orang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia orang lain), barua
Tangan terbuka - Suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati
Terang hati - Terang fikiran; mudah mengertiTulang empat kerat - Anggota badan

Ukur baju di badan sendiri - Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita

Ahad, 18 Mac 2012

Membaca Amalan Mulia

Koleksi Contoh Buku Yang Sesuai Di Baca Oleh Golongan Kanak-kanak.

1. Buku bersifat motivasi.


 2. Cerita-cerita Rakyat dan Warisan.



3. Majalah Wadah Pelajar Dan Remaja.







 Sumber - Google Books

4. Upload Video Dalam Blog


Layari link ini - Tekan di sini

Terima kasih kerana melawat blog ini, sila tinggalkan komen anda.

3. Upload Gambar Dalam Blog


Layari link ini - Tekan di sini

Terima kasih kerana melawat blog ini, sila tinggalkan komen anda.

2. Post Entri Dalam Blog


Layari link ini - Tekan di sini

Terima kasih kerana melawat blog ini, sila tinggalkan komen anda.

1. Cara Buat Akaun Blogspot.

Layari Link ini - Tekan di sini

Terima kasih kerana melawat blog ini, sila tinggalkan komen anda.

1. Pemahaman

Pemahaman (Soalan 19 - 20)

Perkataan seerti/ Sinonim

  1. Sinonim merupakan perkataan yang mempunyai satu atau lebih perkataan yang seerti atau hampir sama erti dengannya.
  2. Dengan perkataan yang lain, perkataan-perkataan yang seerti ini mempunyai makna yang sama.
    Contoh:
    * tamat = selesai, habis, berakhir
    * saban = kerap, selalu, sering

Perkataan berlawan/ Antonim

  1. Antonim merupakan perkataan yang berlawanan bagi sesuatu perkataan.
  2. Dengan perkataan yang lain, perkataan tersebut mempunyai maksud yang berlawanan atau kontra dengan perkataan asal yang diberikan.
    Contoh: 
* mudah = susah, sukar, rumit
* dalam = cetek, tohor, cangkat

Kesilapan Lazim

  1. Penghasilan getah tiruan mendapat permintaan yang tinggi daripada sektor industri.
    Pilih perkataan berlawan bagi tiruan.
    A tulen
    B jati
    C asli
    D sebenar

    Jawapan murid : A
    Jawapan betul : C

    * Penggunaan suatu kata sinonim ada kalanya bergantung kepada konteks ayat. Perkataan getah asli lebih tepat daripada getah tulen

Pemahaman (Soalan 21 - 24)

Kata Banyak Makna

  1. Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna.
    Contoh:
    1. cerah - terang, baik, berseri
    2. lembap - basah, lembam, tidak rancak
  2. Secara umumnya, kata banyak makna terdiri daripada beberapa jenis, meliputi kata nama, kata adjektif, kata ganda, dan kata terbitan.
  3. Penggunaan kata banyak makna memerlukan murid memahami maksud sesuatu ayat.
* Murid digalakkan berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapatkan kepastian tentang makna sesuatu perkataan. Murid juga digalakkan supaya kerap merujuk kamus untuk meningkatkan perbendaharaan kata murid, terutama dalam kata banyak makna.

Kesilapan Lazim

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
  1. Zamri minum tiga gelas air kerana dia sungguh haus.
  2. Anak yatim itu haus akan belaian kasih sayang seorang ibu.
  3. Jamil membeli kasut baru kerana tapak kasut lamanya sudah haus.
  4. Kakak yang memakai kasut tumit tinggi itu berjalan dengan berhati-hati kerana lantai haus.

  1. I dan II
  2. III dan IV
  3. I, II, dan III
  4. I, II, dan IV

Jawapan murid:   A
Jawapan betul:   C 
 * Murid tidak pasti akan maksud perkataan haus. Perkataan haus mempunyai tiga maksud, iaitu:
  1. dahaga
  2. sangat menginginkan
  3. berkurang kerana terhakis

3. Penulisan (Soalan Bahagian B)

Karangan keperihalan
  1. Karangan keperihalan tidak berformat.
  2. Murid perlu mengolah sesuatu perkara atau peristiwa yang dilihat, dialami, atau didengar.
  3. Suasana yang hendak digambarkan mestilah disampaikan dengan logik berasaskan suasana sebenar atau pengalaman sendiri.
  4. Akhiri karangan dengan unsur pengajaran atau ungkapan yang bersesuaian.
 Kesilapan Lazim

Karangan keperihalan

Karangan yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.

Contoh soalan: Kawasan tempat tinggal anda telah dilanda banjir. Perihalkan peristiwa bencana alam yang kamu alami itu.

Jawapan: Murid tidak memerihalkan peristiwa banjir berdasarkan pengalaman sendiri, sebaliknya memerihalkan peristiwa banjir berdasarkan mimpinya tentang bencana alam yang berlaku di tempat tinggalnya itu. (Karangan ini dianggap terpesong)

* Karangan yang terpesong walaupun jalan ceritanya menarik akan diberikan markah yang minimum.

2. Penulisan (Soalan Bahagian A)

 Memindahkan maklumat (membina 5 ayat yang lengkap)
  1. Murid perlu membaca arahan atau keterangan yang diberikan dengan teliti supaya tidak terpesong daripada kehendak soalan ketika membina rangka dan menulis ayat-ayat yang lengkap.
  2. Ayat yang dibina mesti lengkap dan tersusun dengan struktur ayat serta penggunaan kata yang betul, sesuai, dan tepat berpandukan bahan grafik. Tanda bacaan dan ejaan juga mesti tepat dan baku untuk memastikan markah yang maksimum.

Kesilapan Lazim

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.


  1. Menulis ayat yang tidak perlu.
    Contoh: Hidangan yang disediakan sungguh enak dan berkhasiat.
     
  2. Ayat tidak gramatis atau menggunakan ayat tunggal.
    Contoh: Anita mencuci pinggan. (tidak gramatis)
    Anita sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki menggunakan sabun pencuci. (gramatis)
     
  3. Aktiviti atau kata kerja yang ditulis tidak tepat.
    Contoh: Ibu Anita merebus sayur di dalam kuali di atas dapur. (tidak tepat)
    Ibu Anita sedang menggoreng sayur di dalam kuali di atas dapur. (tepat)
     

4. Penulisan (Soalan Bahagian C)

Memahami dan Mengulas Petikan 

  1. Dalam bahagian ini, satu petikan akan diberikan dan murid dikehendaki mengulas atau menulis rumusan tentang aspek nilai, pengajaran, nilai murni, amalan baik, atau kebaikan yang terkandung dalam petikan.
  2. Jenis petikan boleh terdiri daripada rencana, berita, dialog, cerita, puisi, catatan, dan surat kiriman.
  3. Murid perlu mengulas atau merumuskan lima nilai murni, pengajaran, atau amalan baik yang tersurat dan tersirat dalam petikan.
  4. Ulasan perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.
  5. Ulasan yang ditulis hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan.
* Tidak menjadi kesalahan sekiranya murid menulis ulasan yang melebihi 50 patah perkataan asalkan tidak melebihi 60 patah perkataan.
* Murid hanya akan memperoleh markah minimum sebanyak 5 markah jika menyalin petikan semula.

 Kesilapan Lazim  

Bahagian C -  Memahami dan Mengulas Petikan. Murid menyalin terus ayat daripada petikan.

Contoh petikan:
Syafiq telah dilantik sebagai ketua kelas oleh gurunya. Pelantikannya dipersetujui oleh semua murid dalam kelasnya. Syafik berazam untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil demi membalas kepercayaan guru dan rakan-rakannya.

Jawapan murid:
Kita hendaklah menerima jawatan yang diberikan guru, setelah dipersetujui oleh rakan-rakan.

Jawapan betul:
Kita hendaklah bermuafakat dalam membuat keputusan untuk mewujudkan keharmonian.

Konsep 'MELAYU'

Pengenalan

'Bahasa Melayu' merupakan nama asal bahasa ibunda sebelum ditukarkan kepada nama 'Bahasa Malaysia'. Banyak para ilmuwan dan pencinta bahasa memberikan pandangan mengenai pertukaran nama 'Bahasa Melayu' ini kepada 'Bahasa Malaysia'. Pada pendapat saya, 'Bahasa Malaysia' sebenarnya sangat rasional digunakan dalam pendidikan generasi kini. Hal ini kerana 'Malaysia' itu menunjukkan satu bahasa kenegaraan iaitu bahasa yang menjadi milik negara kita sendiri. Sama konsepnya dengan bahasa-bahasa dunia lain, contoh yang terbaik adalah negara Jepun yang teguh mempertahankan serta berdiri megah dengan bahasa mereka sendiri. Selain itu, 'Bahasa Malaysia' itu sebenarnya secara perlahan meningkatkan semangat ke'Malaysia'an, dan mampu menyemai rasa cinta rakyat kepada negara kita, Malaysia. 

Menyentuh hal asal usul 'melayu' atau 'Bahasa Melayu' itu sangat sempit kerana kekurangan sumber-sumber sahih mengenai sejarahnya. 

Konsep 'Melayu'

(i) Definisi awal istilah 'Melayu'

Terdapat begitu banyak bukti yang diperoleh para penyelidik bahasa mengenai asal usul istilah 'Melayu'. Dikatakan, para penyelidik mula mendapati bahawa penggunaan perkataan Melayu itu sejak abad kedua lagi iaitu sekitar tahun 100-150 Masihi, M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolom (Bukunya : Geographike Sintaxis).

Di dalam buku Sejarah Melayu pula, perkataan Melayu dikaitkan dengan sebatang sungai yang dinamakan sebagai Sungai Melayu ;

"..adapun Negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya.." (Sejarah Melayu,1977, hlm.16)

(ii) Definisi dari segi etimologi

 Etimologi = Kajian mengenai asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.

Daripada sudut kajian etimologi juga terdapat begitu banyak pendapat mengenai istilah 'Melayu' ini. 
Antara pandangan yang mendapat perhatian adalah seperti pendapat Zuber Osman. Beliau berpendapat bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan Malaya yang merupakan kependekan bagi perkataan 'hima laya'. Perkataan alaya bermaksud tempat dan hima alaya membawa maksud 'tempat bersalji. Sehubungan dengan itu, pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat asal orang Melayu.'

(iii) Definisi berdasarkan bangsa

Istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa dapat dilihat dalam dua pengertian, iaitu dalam pengertian yang luas dan dalam pengertian yang sempit.

Dalam pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa -bangsa Austronesia yang terdapat di Kepulauan Melayu. Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliputi kawasan Austronesia lain, iaitu kawasan di sebelah timur yang merangkum keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.

Bagi pengertian yang sempit pula merujuk kepada istilah yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia Perkara 153, seseorang itu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, dan beragama Islam. Dengan demikian, sekiranya orang itu murtad atau bertukar kewarganegaraan, maka taraf 'Melayu' yang disandangnya akan hilang.

Isnin, 12 Mac 2012

Pengenalan Kertas 2 Bahasa Malaysia (Penulisan)

Murid-murid yang ingin meraih markah yang tinggi dalam Kertas 2 (Kertas 011) bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran menulis yang cemerlang,bahkan mereka juga perlu memahami format kertas peperiksaan serta sistem pemarkahannya.

Kertas 2 mengandungi tiga bahagian yang perlu dijawab oleh murid:

1. Bahagian A ( memahami dan memindahkan maklumat - 10 markah )
2. Bahagian B ( bahagian karangan berformat dan tidak berformat - 30 markah )
3. Bahagian C ( karangan nilai murni - 20 markah )

Secara keseluruhannya, jumlah markah ialah 60 markah. Murid di mestikan menjawab semua bahagian A,B dan C dengan menggunakan struktur ayat yang betul,penggunaan tanda baca yang tepat dan yang paling penting JANGAN KELUAR TAJUK..maksudnya, lain yang di tanya, lain pula yang murid jawab.

Transformasi Merentas Kurikulum


Dibahu seorang guru, tergalasnya seribu impian,harapan dan wawasan untuk merealisasikan aspirasi nasional. Apa tah lagi dalam era globalisasi masa kini menuntut transformasi hebat dalam bidang pendidikan, khususnya impian dan harapan untuk melahirkan modal insan yang bakal menjadi wajah pelapis masa depan negara tercinta Malaysia.

Wajah pelapis masa depan, modal insan berminda kelas pertama, modal insan yang cantik sahsiahnya, teguh jati dirinya serta cemerlang inteleknya... namun, mampu kah kita melahirkan modal insan impian negara selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Sebelum kita melahirkan modal insan cemerlang, guru seharusnya terlebih dahulu merentas transformasi diri,minda dan sahsiah, agar lebih kritis dan kreatif, terpuji sikap dan perilaku, stabil emosi dan terasuh rohani, kerana guru, ada lah role model yang menjadi suri teladan kepada anak-anak didik...