Ahad, 18 Mac 2012

1. Pemahaman

Pemahaman (Soalan 19 - 20)

Perkataan seerti/ Sinonim

  1. Sinonim merupakan perkataan yang mempunyai satu atau lebih perkataan yang seerti atau hampir sama erti dengannya.
  2. Dengan perkataan yang lain, perkataan-perkataan yang seerti ini mempunyai makna yang sama.
    Contoh:
    * tamat = selesai, habis, berakhir
    * saban = kerap, selalu, sering

Perkataan berlawan/ Antonim

  1. Antonim merupakan perkataan yang berlawanan bagi sesuatu perkataan.
  2. Dengan perkataan yang lain, perkataan tersebut mempunyai maksud yang berlawanan atau kontra dengan perkataan asal yang diberikan.
    Contoh: 
* mudah = susah, sukar, rumit
* dalam = cetek, tohor, cangkat

Kesilapan Lazim

  1. Penghasilan getah tiruan mendapat permintaan yang tinggi daripada sektor industri.
    Pilih perkataan berlawan bagi tiruan.
    A tulen
    B jati
    C asli
    D sebenar

    Jawapan murid : A
    Jawapan betul : C

    * Penggunaan suatu kata sinonim ada kalanya bergantung kepada konteks ayat. Perkataan getah asli lebih tepat daripada getah tulen

Pemahaman (Soalan 21 - 24)

Kata Banyak Makna

  1. Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna.
    Contoh:
    1. cerah - terang, baik, berseri
    2. lembap - basah, lembam, tidak rancak
  2. Secara umumnya, kata banyak makna terdiri daripada beberapa jenis, meliputi kata nama, kata adjektif, kata ganda, dan kata terbitan.
  3. Penggunaan kata banyak makna memerlukan murid memahami maksud sesuatu ayat.
* Murid digalakkan berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapatkan kepastian tentang makna sesuatu perkataan. Murid juga digalakkan supaya kerap merujuk kamus untuk meningkatkan perbendaharaan kata murid, terutama dalam kata banyak makna.

Kesilapan Lazim

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
  1. Zamri minum tiga gelas air kerana dia sungguh haus.
  2. Anak yatim itu haus akan belaian kasih sayang seorang ibu.
  3. Jamil membeli kasut baru kerana tapak kasut lamanya sudah haus.
  4. Kakak yang memakai kasut tumit tinggi itu berjalan dengan berhati-hati kerana lantai haus.

  1. I dan II
  2. III dan IV
  3. I, II, dan III
  4. I, II, dan IV

Jawapan murid:   A
Jawapan betul:   C 
 * Murid tidak pasti akan maksud perkataan haus. Perkataan haus mempunyai tiga maksud, iaitu:
  1. dahaga
  2. sangat menginginkan
  3. berkurang kerana terhakis

Tiada ulasan: