KANAK-KANAK SANGGUP MENGABDIKAN DIRI KEPADA AYAHNYA-Seorang kanak-kanak di China telah mendapat
penghargaan tinggi dari pemerintah kerana telah melakukan “PERBUATAN LUAR
BIASA”. Yang membuatnya dianggap luar biasa adalah perhatian dan pengabdian
pada ayahnya, sentiasa kerja keras dan pantang menyerah, serta kelakukan dan
tutur kata yang menimbulkan rasa simpati.
Sejak ia berusia 10 tahun anak ini ditinggalkan oleh ibunya yang
sudah tidak tahan lagi hidup bersama suaminya yang sakit keras dan miskin. Dan
sejak hari itu Zhang Da hidup dengan seorang ayah yang tidak boleh bekerja,
tidak boleh berjalan serta selalu sahaja sakit. Keadaan ini memaksa seorang
kanak-kanak hingusan yang belum genap 10 tahun ketika itu untuk mengambil
tanggungjawab yang sangat berat. Dia harus ke sekolah dan mencari makan untuk
ayahnya dan juga dirinya sendiri, dia juga harus memikirkan untuk membeli
ubat-ubat yang mahal harganya untuk keperluan ayahnya.
Dia masih terlalu kecil untuk menjalankan tanggung jawab yang
susah dan pahit ini. Dia adalah salah satu dari sekian banyak kanak-kanak yang
harus menerima kenyataan hidup yang pahit di dunia ini. Tetapi yang membuat
Zhang Da berbeza ialah dia tidak menyerah.
Hidup harus terus berjalan, tapi tidak dengan melakukan
kejahatan, melainkan memikul tanggungjawab untuk meneruskan kehidupannya dan
ayahnya.
Kehidupannya semakin mencabar apabila dia sudah bersekolah. Dari
rumah sampai sekolah harus berjalan kaki melalui hutan kecil. Dalam perjalanan
ke sekolah itulah, dia mula memakan daun, biji-bijian dan buah-buahan yang
ditemui. Kadang-kadang dia juga menemukan sejenis akar atau rumput dan
cuba memakannya. Sehinggakan dia mengetahui yang mana boleh dimakan atau tidak.
Setelah balik dari sekolah , dia dengan beberapa tukang batu untuk membelah
batu-batu besar dan memperolehi upah dari pekerjaan itu. Hasil kerja sebagai
tukang batu ia gunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya.
Selama lima tahun dia menjalani kehidupan sebegini tetapi
badannya tetap sihat, segar dan kuat untuk ZhangDa merawat ayahnya yang sakit.
Sejak umur 10 tahun ini jugalah, dia mula bertanggungjawab
untuk merawat ayahnya. Dia mendukung ayahnya ke tandas dan sekali-sekali
memandikan ayahnya, dia membeli beras dan membuat bubur.Segala urusan ayahnya,
dia kerjakan dengan rasa tanggungjawab dan penuh kasihsayang. Semua
pekerjaan ini menjadi tanggungjawabnya sehari-hari.
Zhang Da menyuntik sendiri ayahnya.Ubat yang mahal dan jauhnya
tempat berubat membuat Zhang Da berfikir untuk menemukan cara terbaik untuk
mengatasi semua ini. Sejak umur sepuluh tahun ia mulai belajar tentang
ubat-ubatan melalui sebuah buku terpakai yang dibelinya.Yang
membuatnya luar biasa
adalah ia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan injeksi/suntikan kepada
pesakitnya. Setelah ia rasa ia mampu,ia nekad untuk menyuntik ayahnya sendiri.
Sekarang pekerjaan menyuntik papanya sudah dilakukannya selama lebih kurang
lima tahun,maka Zhang Da sudah biasa dengan pekerjaannya itu.
Ketika acara penganugerahan penghargaan tersebut berlangsung,
pembawa acara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ” Apakah wang atau lainnya.
Disini ada banyak pejabat, pengusaha, juga ada ratusan juta penonton
telivisyen.Mereka boleh membantu mu!” Namun apa yang dikatakan Zhang Da sungguh
mengejutkan siapapun, ia hanya berkata, ” Aku hanya ingin ibu ku kembali!.”
Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan
kekaguman. Seorang anak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang
berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah menempa anak tersebut menjadi dia
seorang anak yang tabah dan pantang menyerah. : Untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan, kita seharusnya lebih kuat
dari anak kecil itu…InsyaAllah…